Ladang Batu Enambelas Sdn Bhd

Ladang kami terletak berhampiran
Gua Tempurung di pinggir Kg. Gunung Panjang,Gopeng, Perak.
Bermula dengan menternak kambing baka Jamnapari, kini kami juga menternak baka Boer dan kacukan dari kedua-dua baka ini.
Dari pengalaman, ketelitian dalam pemilihan baka dan induk amat diutamakan sebagai langkah pertama dalam memastikan keberkesanan program pengurusan pembiakan ternakan kami.
Ternakan yang diimport untuk tujuan pembakaan ataupun jualan, juga dipilih dengan teliti bagi mencapai tahap produktiviti yang maksimum.

Kami di Ladang Batu Enambelas amat mementingkan permakanan yang berkhasiat dan seimbang untuk ternakan kami. Perlu di ingatkan, ternakan yang gemuk belum tentu dapat menentukan kesihatan yang sempurna. Hanya dengan permakanan yang seimbang akan dapat menjamin produktiviti yang maksimum dan berkualiti, selain menghindar daripada perbelanjaan pengurusan kesihatan yang tinggi. Permakanan yang seimbang juga memastikan penghasilan dan pembesaran anak-anak pada tahap yang terbaik dan dapat membina daging yang sihat lagi berkualiti.Sistem pengurusan dari semua aspek dipertimbang dengan teliti untuk memastikan
pencapaian yang maksimum.
Pengurusan parasit juga dipastikan berjalan lancar agar pembiakan dan pembesaran tidak terjejas.


Terima kasih kerana sudi melawat laman ini. Mungkin di masa akan datang saya akan paparkan di laman ini, informasi tentang penternakan agar dapat menjadi panduan untuk kita semua. Sementara itu saya sudi berkongsi pengalaman saya dalam penternakan. Jika ada apa-apa persoalan sila hubungi saya.